Terkini

Majlis perkahwinan, pertunangan dibenarkan bermula 1 Julai, wajib patuh SOP

Alhamdulillah… Semua majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan boleh dianjurkan bermula 1 Julai ini. Kerajaan hari ini telah mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dihadkan masanya untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang.
“Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kapasiti ini juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial. Makanan majlis perlu secara hidang atau bufet disediakan, pramusaji hendaklah menghidangkan makanan berkenaan,” katanya.
“Bagaimanapun, kita boleh melonggarkan iaitu walaupun ada buffet, tetapi ia diuruskan oleh peramu saji. Harus diingatkan, penjarakan sosial sepanjang majlis tersebut berlangsung perlu diamalkan, termasuk memastikan kapasiti di dalam ruang tersebut. Katanya, jika kawasan tersebut tidak boleh memuatkan 250 tetamu, ia perlu dihadkan antara 100 hingga 150 orang dalam kawasan tersebut (mengikut saiz kawasan). Prosedur operasi standard (SOP) seperti merekodkan kehadiran tetamu, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka mesti dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: