Terkini

Kereta mewah RM2 juta terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta mewah dianggarkan bernilai RM2 juta rosak akibat terbakar di tempat parkir kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 2.40 pagi menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS) ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rozi Jusoh, berkata seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman api.

“Kita mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus di bahagian enjin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa dan forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: