Gaya Hidup

realme 7 dan realme 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Petaling Jaya – realme secara rasmi melancarkan dua telefon pintar terbarunya iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Kedua-duanya adalah pengganti realme 6 dan realme 6 Pro. Dua telefon bimbit kelas menengah itu diperkenalkan oleh realme melalui acara pelancaran yang diadakan secara langsung, pada hari ini di Facebook rasmi realme bermula jam 12.30 tengahari tadi.

realme 7 tersedia dalam dua varian warna, iaitu Mist White and Mist Blue. Sementara itu, varian warna realme 7 Pro terdiri daripada Mirror Blue dan Mirror Silver.

Di Malaysia, realme 7 dijual dengan harga RM 1,299 (8GB+12GB) . Ia mula dijual oleh pengedar produk realme di seluruh Malaysia bermula 26 September 2020. Nak hadiah menarik? Anda boleh membuat pra-tempahan, bermula pada 24-25 September dan berpeluang menerima hadiah menarik iaitu Neck Massager.

realme 7 ini mempunyai kapasiti bateri 5,000 mAh, yang lebih besar daripada versi “Pro”. realme 7 dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 30 Watt, yang menjanjikan untuk diisi semula sepenuhnya dalam 65 minit.

realme 7 Pro dilengkapi dengan kamera yang dilengkapi Sony IMX682 sensor. Kapasiti bateri realme 7 Pro mempunyai kapasiti 4,500 mAh, sedikit di bawah realme 7. Namun, versi Pro telefon ini menyokong pengecasan pantas SuperDart 65 Watt yang dikatakan dapat mengecas telefon bimbit dari sifar hingga penuh dalam 34 minit.

Beza RM200 lebih mahal dari realme 7, realme 7 Pro berharga RM1, 499 (8GB + 128GB). Ia mula dijual pada 3 Oktober 2020 oleh pengedar produk realme di seluruh Malaysia. Kepada yang membuat pra-tempahan pada 24 September hingga 2 Oktober, anda berpeluang menerima hadiah percuma realme Buds Q White Edition.

Nak lagi hadiah lebih menarik? Jika anda membeli realme 7 Pro melalui Shopee bermula 29 September ini, anda akan diberikan hadiah percuma realme Watch yang bernilai RM299. Berbaloi bukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: