Terkini

Menawarkan pakej serendah RM30, Tronserve Link teraju laman web pertama konsep DIY

Petaling Jaya – Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan laman web berkonsepkan do it yourself (DIY) serta aplikasi mesyúarat maya yang dibangunkan oleh anak tempatan.

Dikenali Tronserve Link, laman web itu menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti komuniti, peluang pekerjaan dan pengajian secara dalam talian.

Menurut Pengarahnya, Dato’ Allan Goh, Tronserve Link dicipta sebagai sebuah platform yang membantu para peniaga kecil dan sederhana untuk memiliki laman web sendiri dengan pakej serendah RM30 sahaja. Ianya juga satu fenomena baru apabila ia memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan mesyuarat atau interaksi secara maya.

Malah, Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Arash Abdullah menjelaskan pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baharu untuk memberi peluang kepada rakyat negara ini dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini menjadi agenda utama kerajaan.

“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang mengubah gaya hidup dan cara kita bekerja.

“Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam teknologi maklumat.

“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih banyak badan korporat dan setiap individu dan mengembangkan idea di dalam satu platform,” katanya pada majlis pelancaran Tronserve Link di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Keith Ooi Kuan Keat.

Katanya, laman web yang dibangunkan rakyat tempatan ini menawarkan tawaran harga lebih murah kepada syarikat, usahawan termasuk individu yang ingin memiliki laman web rasmi sendiri.

“Kita memberi peluang kepada semua pihak mencipta laman web mereka untuk mempromosikan apa sahaja perkara atau perniagaan yang mereka ceburi kepada umum dengan harga serendah RM30 sebulan,” katanya.

Arash menambah, laman web itu turut memberi peluang pekerjaan untuk membantu syarikat dan orang yang saling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan.

“Tidak ketinggalan, cabang lain yang dicipta adalah seperti platform E-Dagang untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana menjalankan perniagaan offline ke online serta petunjuk perindustrian meningkatkan imej mereka dengan memudahkan pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat.

“Jadi laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberikan semua kemudahan dan akses dalam satu plafform kepada masyarakat selain lebih berdava saing,” ujarnya.

Arash turut memberitahu platform maya itu dilihat sebagai masa yang tepat untuk digunakan mereka untuk bekerja dari rumah.

Jelas beliau lagi, pihaknya turut memperkenalkan ‘Referral Program’ yang menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan pasif aliran tunai kepada syarikat dan individu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: