Terkini

“Kita sudah rasa susahnya COVID-19 terhadap kehidupan…” Raja Permaisuri seru rakyat ambil peranan

KUALA LUMPUR – Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19.

Tunku Azizah dalam titahnya menekankan sebelum ini negara telah menempuh beberapa waktu sukar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tidak menginginkan perkara sama berulang.

“Kita sudah rasa susahnya COVID-19 terhadap kehidupan dari segi ekonomi, pergerakan, dan juga pelajaran dan COVID-19 kembali mendadak sejak kebelakangan ini.

“Kita semua mungkin mampu menjadi ‘super spreader’, kesihatan anak-anak kita penting malah semua dan situasi ketika ini pelajaran anak-anak tersekat dan pendidikan itu penting.

“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama ambil peranan untuk kekang penularan COVID-19 dan jangan ambil lewa kita semua mainkan peranan yang penting untuk kawal ia merebak,” katanya menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara pada Khamis.

Baginda Permaisuri bertitah sempena Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan COVID-19 di Istana Negara, yang dianjurkan atas inisiatif Raja Permaisuri Agong semalam.

Baru-baru ini, kes COVID-19 kembali catat peningkatan kepada tiga angka termasuk kemunculan beberapa kluster baharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: