Gaya Hidup

Menara Kuala Lumpur rai petugas penghantar e-hailing lawat Sky Deck dengan tiket hanya RM10

Kuala Lumpur – Bagi menghargai jasa dan penat lelah kepada penghantar perkhidmatan e-hailing, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar meraikan mereka melalui promosi ‘Untukmu Delivery Heroes’.

Promosi ini bertujuan bagi meraikan petugas penghantaran yang berkerja keras semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Promosi ini memberi peluang para petugas penghantaran melawat Sky Deck di Menara Kuala Lumpur dan Star View di Menara Alor Setar dengan promosi harga istimewa bermula dari 1 hingga 31 oktober 2020. Promosi ini juga diadakan bersempena ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke 24 pada tahun ini.

“Inisiatif itu merupakan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan penghantar e-hailing yang meletakkan nyawa mereka dalam risiko ketika negara bertungkus lumus berusaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Tawaran istimewa yang mengenakan bayaran RM10 itu juga bersempena Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur ke-24 pada tahun ini berbanding harga asal RM71 seorang untuk menikmati permandangan ibu negara di Menara KL dan RM48 seorang untuk Menara Alor Setar” kata Ainol Shaharina Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn.Bhd.

Promosi ini terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej A – Kru Delivery Heroes iaitu pelawat terdiri dari kategori Delivery Man/Rider sahaja. Harga promosi beli dua tiket dan percuma satu pada harga RM10 seorang.

Manakala Pakej B untuk Delivery Heroes yang datang dengan Keluarga dan rakan ditawarkan tiket beli tiga dapat percuma satu dengan harga RM10 seorang.

Mereka hanya perlu menunjukkan pas pekerjaan atau Mykad atau datang dengan pakaian uniform majikan e-hailing untuk mendapatkan pakej istimewa ini.

“Saya ingin menjemput semua ‘Delivery Heroes’ yang berada di sekitar Kuala Lumpur atau Alor Setar atau dimana sahaja untuk beramai-ramai ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sehingga 31 oktober ini merasai pengalaman di Sky Deck dan Star View kami, Ini adalah hadiah dari kami untuk semua”, katanya.

Menara KL menyasarkan lebih kurang 30,000 pengunjung melawat dua menaranya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: