Sukan

“Saya telah berjanji dengan ibu…”, Khabib umum bersara selepas kekal kejuaraan UFC

KHABIB Nurmagomedov mengumumkan kejutan apabila bersara daripada sukan MMA, selepas mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.

Memberikan ucapan susulan kemenangan pusingan kedua dalam acara utama UFC 254, Khabib mengumumkan berita persaraan tersebut secara langsung.

Pemain Rusia berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwah bapanya, Abdulmanap.

Bapanya meninggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompikasi kesihatan akibat Covid-19.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad waktu tempatan, pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.

Menurut Khabib, beliau telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarungan terakhirnya.

“Hari ini saya mahu katakan adalah hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: