Terkini

Bilangan SJR ditambah, pemeriksaan lebih ketat – KPN

KUALA LUMPUR – Polis akan menambah lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) dan memperketatkan pemeriksaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata langkah itu bagi memastikan orang ramai tidak membuat sebarang pergerakan tidak penting termasuk merentas daerah dan negeri.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan penuh ke atas semua elemen pergerakan keluar dan masuk antara daerah dan negeri membabitkan semua negeri yang terbabit dalam PKPB.

“Tindakan kita menambah SJR bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi adalah untuk membantu kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkorban dan bersusah-payah memastikan pandemik COVID-19 tidak tersebar.

“Justeru untuk tempoh empat minggu bermula Isnin ini (9 November) saya benar-benar merayu orang ramai untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Abdul Hamid berkata, masyarakat boleh membantu apabila mereka mempunyai sikap tanggungjawab termasuk mematuhi SOP ditetapkan serta tidak membuat pergerakan yang tidak perlu.

“Jadi sekali lagi saya tekankan supaya hanya mereka yang mempunyai kelulusan dari pihak polis serta mempunyai sebab-sebab kecemasan sahaja yang membuat perjalanan rentas daerah atau rentas negeri dan jika tiada keperluan penting duduklah di rumah,” katanya.

Beliau turut yakin bahawa pihaknya mempunyai kekuatan mencukupi untuk pelaksanaan PKPB ini berikutan pengalaman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggap lebih ketat sejak 18 Mac lalu.

“Jangan pula marah polis apabila ada kesesakan panjang disebabkan SJR, langkah ini adalah demi kebaikan bersama bagi mematahkan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: