Sukan

Selangor optimis bangunkan bandar e-Sukan, wujud keboleh pasaran pekerjaan belia

SHAH ALAM – Dengan perkembangan sukan virtual, Selangor bakal mewujudkan sebuah hab dan pusat pembangunan e-sukan pertama di negara ini yang dikenali sebagai Bandar e-Sukan Selangor.

Difahamkan, projek pembangunan bernilai RM 3 juta itu melibatkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Persatuan E-Sports Selangor (ESS), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bekas bangunan sebuah hotel di Seksyen 13 yang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan e-sukan dikembangkan secara optimis dan menjadi platform terbaik rakyat Selangor menonjolkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

Tambahnya lagi, e-sukan bukan sahaja sebagai platform bakat dan pengisian masa semata-mata namun ia juga sebagai pembuka ruang keboleh pasaran pekerjaan bagi golongan belia.

“e-sukan juga mampu membuka ruang pekerjaan buat belia yang boleh menggabungkan kepakaran digital dan sukan sesuai perkembangan teknologi terkini”

“Penubuhan pusat pembangunan berkenaan  selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan e-sukan sebagai sukan teras.

Beliau turut berharap program pembangunan e-sukan turut akan diaksanakan dengan melibatkan persatuan sukan itu di setiap daerah di negeri ini.

“Ia antaranya program mencungkil bakat seperti ‘telecaster’ (penyiar) dan coach (jurulatih) dalam kalangan peserta,” jelasnya.

Selangor Xtiv Virtual 2021 sehingga Disember depan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

Menyasarkan sebanyak 450,000 penyertaan selepas melihat sambutan hangat yang diterima pada edisi tahun lalu.

“kita turut memperkenalkan tiga program baharu iaituVirtual Chess, Virtual Ride dan Virtual Jump Rope Challenge,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu boleh melayari laman Facebook (FB) rasmi Selangor Xtiv Virtual 2021. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: