Terkini

140,000 perniagaan menerima manfaat, sejuta tuntutan eBelia ShopeePay berjaya

KUALA LUMPUR – Hampir 1 juta belia telah berjaya menebus kredit eBelia mereka melalui ShopeePay. Setakat 7 Jun, program tersebut telah berjaya menjana jualan bernilai 120% daripada jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) melalui ShopeePay. Tambahan lagi, kira-kira 140,000 penjual dan peniaga yang menerima ShopeePay telah mendapat manfaat daripada program eBelia tersebut.

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee berkata, “Sebagai salah satu dompet mudah alih terbaharu di pasaran yang sesak, kami dengan rasa merendah diri dan berbesar hati menerima sokongan yang luar biasa daripada para peserta program eBelia yang layak ini. Apabila dibandingkan dengan pengumuman pihak MOF, sebahagian besar daripada 1.7 juta pemohon yang berjaya telah memilih ShopeePay. Ini mungkin kerana e-dompet kami boleh digunakan di saluran atas talian dan juga luar talian di seluruh negara. Penggunaan ShopeePay menjangkau sehingga ke Semporna, Sabah; Miri, Sarawak; Kemaman dan Gong Badak di Terengganu dan Bachok, Kelantan.”

Yee menambah bahawa berdasarkan data awal dari 1 hingga 7 Jun, tingkah laku pengguna di kalangan penerima eBelia mencerminkan bahawa program ini telah memacu penggunaan e-dompet, dan berkemungkinan tinggi akan membawa kepada penggunaan jangka masa panjang.

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee

“Daripada jumlah pemohon eBelia berjaya yang menggunakan dompet mudah alih kami, hampir 40% adalah pengguna baharu ShopeePay yang mengaktifkan e-dompet mereka semata-mata untuk eBelia. Tambahan lagi, kadar pengekalan pengguna atau user retention rate di kalangan pengguna baharu ini dijangka tinggi. Kami positif kerana lebih daripada 20% pengguna baharu ini telah menambah nilai dompet ShopeePay mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu mereka menggunakannya,” ujarnya.

Mengenai barangan yang dibeli penerima kredit eBelia, Yee berkongsi bahawa ramai dilihat menggunakan kredit eBelia untuk membuat pembelian yang praktikal: keperluan harian, makanan serta minuman, buku, kelengkapan rumah, dan lain-lain. Melihat dengan lebih terperinci kepada corak perbelanjaan golongan muda eBelia dalam tempoh seminggu yang lepas, perkara-perkara berikut dapat diperhatikan (Pemerhatian adalah berdasarkan 100 peniaga yang merekodkan bilangan transaksi tertinggi di luar talian, atas talian (melalui kedai web dan Aplikasi), dan juga di Shopee):

  • Bayaran yang dibuat di kedai peniaga ShopeePay (luar talian): 8 dalam setiap 10 transaksi
    dilakukan di pasar raya besar, pasar raya dan juga kedai serbaneka seperti cawangan MYDIN, 99
    Speedmart dan Billion di seluruh Malaysia.
  • Bayaran yang dibuat melalui kedai web dan Aplikasi peniaga ShopeePay (atas talian): 1 dalam
    setiap 5 transaksi adalah untuk membeli makanan dan minuman melalui aplikasi seperti KFC,
    DeliverEat dan ZUS Coffee.
  • Bayaran yang dibuat di Shopee: Watsons dan Guardian adalah dua daripada 10 jenama paling
    popular di kalangan penerima eBelia yang membelanjakan lebih daripada RM1.5 juta dalam
    tempoh hanya seminggu untuk membeli suplemen kesihatan, barangan penjagaan diri dan juga
    produk kecantikan dari kedua-dua farmasi berangkai ini. Tambahan lagi, mereka membelanjakan
    lebih RM160,000 di kedai rasmi Big Bad Wolf Books di Shopee. Para belia juga mengambil
    peluang untuk menaik taraf aksesori komputer dan gajet mereka menggunakan baucar dari pek
    baucar bernilai RM500 yang diterima, di kedai pengedar jenama Apple iaitu Switch, OPPO dan
    juga realme.

Mengulas mengenai inisiatif eBelia, Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN dan Naib Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) berkata, “Program ini membantu para belia mengurus kos hidup mereka. Ia juga merupakan kaedah pembayaran yang memberi kemudahan kepada peruncit tempatan seperti kami, terutamanya semasa penularan pandemik ini di mana pembayaran tanpa tunai digalakkan untuk meminimumkan risiko jangkitan virus.

Dalam minggu pertama sahaja, penerima eBelia ShopeePay mencatatkan lebih daripada 5,600 transaksi dengan
MYDIN, membeli barangan runcit dari kedai atas talian dan luar talian kami. Walaupun angka tersebut tidaklah kelihatan tinggi, ia adalah sebahagian daripada satu jumlah yang besar dan kami pasti bahawa peruncit tempatan lain malah perniagaan kecil-kecilan juga memperoleh manfaat daripada usaha ini. Ini juga merupakan tanda positif bagi penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia dan kami yakin pemacuan digital ini akan meningkatkan tahap kecekapan di dalam sektor runcit.”

Program eBelia masih dibuka untuk pendaftaran bagi golongan belia berkelayakan, yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 atau pelajar sepenuh masa yang mendaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan institut pengajian swasta yang berdaftar.


Rumus Yee, “Berdasarkan pengumuman MOF, eBelia masih dibuka untuk 250,000 penebusan lagi. Penuntut yang berjaya bukan sahaja menerima kredit e-dompet bernilai RM150 melalui ShopeePay. Kami juga menjamin baucar tambahan bernilai RM500 daripada jenama-jenama menarik seperti Amazin’ Graze, Caltex, FamilyMart, MR.DIY, Nestlé, Philips dan Starbucks. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Ini juga akan banyak membantu para peniaga tempatan kami.”


Shopee juga akan memberi baucar Penghantaran Percuma, Pulangan Syiling Shopee serta baucar ShopeePay Deals Near Me kepada para belia untuk memberikan nilai yang lebih hebat.

Untuk menuntut kredit eBelia RM150 melalui ShopeePay dan mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang dijamin, layari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: