Terkini

KPDNHEP jamin bekalan gula cukup, bakal umum harga minyak masak botol

SHAH ALAM-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjamin bekalan gula di seluruh negara kembali pulih sepenuhnya setelah bekalannya dilaporkan berkurangan baru-baru ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, masalah bekalan gula berlaku disebabkan kilang pemprosesan gula di Prai Pulau Pinang menghadapi masalah teknikal akibat kerosakan ‘boiler’.

“Bagi memastikan bekalan gula tidak menghadapi masalah dan cukup di pasaran, hari ini saya datang ke kilang ini untuk memastikan stok dan keberadaan gula terjamin. Ini disebabkan berlaku masalah pengeluaran di kilang gula Prai.

“Sebelum ini kita mendapat laporan daripada pemborong di Pantai Timur seperti di Pahang dan Terengganu bahawa stok mereka sudah berkurangan. Oleh sebab itu hari ini saya mengambil inisiatif melihat sendiri keberadaan gula di kilang ini,” katanya ketika melawat Kilang Gula Central Sugar Refinery (CSR) di Batu Tiga Shah Alam hari ini.

Rosol berkata, selepas melihat sendiri operasi dan mendengar taklimat CSR pihaknya yakin bekalan gula mencukupi untuk pasaran di negara ini.

“Hasil tinjauan di sini, walaupun stok dikatakan berkurangan tetapi masih boleh bertahan.Kilang gula di Prai pun sudah boleh beroperasi dan bekalan tidak menjadi isu,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap kilang gula akan terus memastikan bekalan komoditi tersebut mencukupi agar tidak timbul isu kekurangan bahan makanan tersebut pada masa depan.

Dalam masa sama, beliau turut menjawab berkenaan isu harga minyak botol akan diumumkan pada rabu ini.

“Pihak kita telah bermesyuarat pasa rabu lepas bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan, pengumuman akan dilakukan esok.

“Jadi sama-sama kita tunggu esok, InsyaAllah menampakkan satu keputusan positif” katanya kepada media.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: