realme secara rasminya telah menawarkan telefon pintar entry-level realme C21Y ke pasaran Malaysia dan ianya merupakan telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan cip pemprosesan Unisoc T610 Octa-core 12nm.
Penggunaan cip Unisoc T610 Octa-core yang berkelajuan 1.8GHz ini meletakkan realme C21Y sebagai telefon pintar paling berkuasa didalam segmen harga entry level.

Selain itu, realme C21Y ini juga hadir dengan skrin paparan HD+ mini drop berukuran 6.5-inci, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Dalam pada itu, realme C21Y juga memiliki sensor tri-kamera iaitu sensor utama 13MP + sensor B&W 2MP dan sensor makro 2MP yang turut membawakan sokongan fotografi malam Super Nightscape. Kamera selfie adalah 5MP.