Terkini

Program bakul makanan diteruskan dalam fasa endemik

Kuala Lumpur – Program bakul makanan masih dijalankan walaupun negara telah memasuki fasa endemik.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Kamarudin Jaffar menyempurnakan majlis penyampaian bakul makanan 100 orang penerima yang terkesan pandemik covid-19 di PPR Sri Labuan dan kawasan sekitar.

Bakul makanan ini terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain.

Turut disumbangkan ialah barangan kebersihan dan keselamatan diri seperti hand sanitizer dan pelitup muka serta kit ujian RT-K.

Penyumbangnya, YM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dari Pertubuhan Amal THZ dan CFG Charity berbesar hati dalam mengurangkan beban masyarakat yang terkesan.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sentiasa bergiat aktif menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan B40 dan yang memerlukan.

“Sehingga September 2021, lebih 10,000 bakul makanan telah diedarkan di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Bantuan Pejabat Ahli Parlimen tidak terhad terhadap pemberian bakul makanan semata-mata malah turut memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada pelbagai golongan sasar bagi mengurangkan kos sara hidup” katanya.

Tambahnya, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak akan terus merangka pelbagai inisiatif untuk membantu dan mengurangkan kos hidup masyarakat ketika negara masih lagi berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19.

“Penglibatan pelbagai pihak Seperti pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu masyarakat ketika ini amatlah dialu-alukan bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan lebih menyeluruh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: