Sukan

“Bila dah kena balon, saya pun pening – Faizal Azumu mohon maaf

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berkata kenyataannya yang mengundang kecaman penyokong bola sepak Malaysia berhubung faktor kekalahan pasukan Malaysia melawan Bahrain Sabtu lalu disalahertikan sekali gus memohon maaf berhubung perkara itu.

Dalam satu ciapan Twitternya, Faizal berkata sorakan dan sokongan penyokong pasukan Malaysia adalah amat penting dan dihargai.

“Bila dah kena balon, saya pun pening.

“Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun maaf atas kesilapan saya,” katanya.

Sebelum ini, Faizal dilaporkan membela penjaga gol Malaysia Farizal Marlias susulan kesilapan yang disifatkan tindakan kurang bijak hingga menyebabkan Harimau Malaya tewas 1-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur itu.

Selain itu, beliau turut menyentuh faktor luaran mengenai 63,000 penonton yang hadir di stadium, mendakwa pemain kehilangan tumpuan di padang.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.”

Ekoran kenyataan Faizal itu, pelbagai kecaman sama ada daripada peminat dan ahli politik disasarkan terhadap beliau.

Mereka menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dan tidak matang dan bahkan dilihat seakan tidak memahami sukan bola sepak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: