Gaya Hidup

vivo V25 Pro 5G kini rasmi di Malaysia berharga RM2499

Kuala Lumpur – Selepas melancarkan telefon pintar vivo V25 dan vivo V25e pada bulan lalu, vivo Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi varian baharu dalam siri telefon itu iaitu vivo V25 Pro 5G.

Vivo V25 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED 120Hz sebesar 6.56-inci dan beresolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan MediaTek Dimensity 1300, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri sebesar 4,830mAh digunakan dengan sistem pengecasan pantas 66W FlashCharge. Turut disertakan adalah kamera utama 64MP (OIS) + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 32MP. Ia ditawarkan dalam warna hitam Pure Black dan biru Sailing Blue.

Secara keseluruhannya, vivo V25 Pro menampilkan spesifikasi yang lebih canggih berbanding vivo V25 dan vivo V25e.

Dengan reka bentuk yang menarik perhatian, Kaca Fluorite AG Berubah Warna yang menutupi panel belakang menukar ronanya apabila terdedah kepada cahaya UV, mencerminkan personaliti pengguna yang dinamik.

Di bawah penampilannya yang cantik tersembunyi pemproses berkuasa dengan nisbah kecekapan tenaga yang tinggi dan kapasiti yang hebat. Ditambah dengan teknologi penyejukan terbaharu dan keupayaan pengecasan pantas, ia menawarkan pengalaman mudah alih yang tahan lama dan lancar dalam pelbagai keadaan.

Dilengkapi dengan kamera belakang ultra-sensing OIS 64MP yang menawarkan keupayaan OIS dan EIS yang dipertingkatkan serta kamera sudut lebar 8MP, vivo V25 Pro memberikan pengalaman pengimejan yang sangat baik dan membolehkan pengguna menangkap gambar yang berkualiti tinggi dan sangat lebar dengan mudah.

vivo V25 Pro menetapkan standard baharu dalam fotografi malam dengan ciri Mod Super Malam yang dinaik taraf, yang memulihkan warna dan kecerahan imej yang sangat tepu pada waktu malam dengan tepat.

Ditambah dengan ciri Pemandangan Malam Ekstrem Masa Nyata baharu atau super night mode luarbiasa, pengguna boleh melaraskan tahap pendedahan secara manual apabila mereka melihat imej, meningkatkan lagi kecerahan, kawalan hingar dan butiran foto dalam masa nyata walaupun dalam persekitaran cahaya malap.

Ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk beraksi dengan ciri potret kamera belakang pada waktu malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, Vivo menawarkan pengalaman mudah alih yang terbaik kepada para pengguna dengan barisan produk disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna.

“Oleh itu, siri V25 Pro 5G telah diperkenalkan sebagai jawapan bagi para pelanggan yang inginkan sebuah peranti kaya dengan ciri-ciri kefungsian serta mudah untuk diakses, dan kamera hadapan OIS kami menjadi penanda aras kemajuan radikal bagi teknologi kamera hadapan, melengkapi telefon pintar pada masa akan datang.

“Selain itu, fungsi mod malam yang lebih hebat menjanjikan imej lebih cantik dan tepat, anda juga boleh menghasilkan kreativiti dengan fungsi ‘color changing’” katanya.

vivo V25 Pro kini boleh didapati pada harga RM2,499, manakala vivo TWS Air boleh didapati pada harga RM179. Pelanggan boleh membeli peranti-peranti ini di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia (vivo V25 Pro) (TWA Air), dan kedai rasmi vivo Malaysia di PG MallGo ShopTikTokShopee dan Lazada (vivo V25 Pro) (TWA Air).

Dari 24 September hingga 23 Oktober 2022, pelanggan yang membeli vivo V25 Pro layak menerima hadiah bernilai sehingga RM697, termasuk Fooma TWS Earbuds bernilai RM199, jaminan lanjutan 1 tahun bernilai RM199 dan perlindungan retak skrin 1 tahun bernilai RM299.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: