Politik Terkini

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan – Hadi Awang

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta supaya penyokong parti itu untuk kekal tenang kerana pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu. Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu masih di hadapan ketika ini dalam pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam ciapan di Twitternya pagi ini.

Ciapan beliau itu dipercayai merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno awal pagi tadi yang menyokong menyertai Kerajaan Perpaduan, namun bukan diterajui PN.

Sementara itu, PAS dalam kenyataan di Facebook turut meminta semua pihak untuk kekal bertenang.

Kenyataan itu menyeru untuk terus berdoa supaya Malaysia yang dicintai terpelihara daripada segala anasir yang tidak baik demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

“Doa senjata mukmin,” kata kenyataan itu.

Dalam PRU-15 Sabtu lalu, PN memperoleh 73 kerusi dengan PAS menang 49 kerusi Parlimen, tertinggi bagi mana-mana parti tunggal dalam gabungan parti politik.

Pakatan Harapan (PH) pula menang 82 kerusi sekaligus menjadi gabungan yang mendapat kerusi tertinggi.

Bagaimanapun, jumlah kerusi PH berkenaan belum mencukupi untuk majoriti mudah 112 kerusi.

Perkembangan terbaru menunjukkan PH mungkin bergabung dengan BN yang menang 30 kerusi untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selaras yang disarankan Yang di-Pertuan Agong. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: