Kuala Lumpur – Lebih 200 orang peminat kumpulan pop tempatan, DOLLA memenuhi acara #LATPARTY sebagai menyokong ‘comeback’ sempena pelancaran lagu baharu mereka.


Pelancaran lagu baharu berjudul Look At This ini, kumpulan DOLLA rancak memuat naik foto- foto dan ‘teaser’ konsep menjelang hari pelancarannya. Dolla turut merakam wajah-wajah dan aksi para peminatnya yang bertuah di malam parti tersebut untuk dimuatkan dalam video dan media sosial mereka.
Kumpulan dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel, dan Tabby itu mengambil pendekatan terbabit bagi menghangatkan penantian peminat. Pastinya, ia juga jadi peringatan buat semua untuk terus mengikuti karier mereka terutama muzik baharu yang bakal dikongsi.

Sebagaimana dilakukan artis K-Pop setiap kali menjelang ‘comeback’, kumpulan ini turut menggunakan pendekatan sama. Hantaran foto bersiri dimuat naik secara berkala dengan info grafik dalam bentuk kolaj yang menampilkan imej serta konsep terbaru dipilih untuk mereka ketengahkan.
Pengurus promosi dan pemasaran Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, pendekatan itu tentu sekali tarikan yang cukup penting. Apalagi pengikut DOLLA sememangnya ramai daripada kalangan peminat muzik K-Pop, mereka tentunya teruja melihat kesungguhan kumpulan itu berkongsi projek terbaru.

Acara #LATPARTY tersebut turut mendapat sokongan radio rasmi, ERA fm dalam rangka mempromosi aktiviti, perkembangan dan penyiar lagu baharu kumpulan DOLLA khusus untuk para peminat generasi muda masa kini.
Bertema Y2K, para peminat dilihat bersorak sambil dihiburkan persembahan nyanyian serta beberapa aktiviti kuiz dan pertandingan tarian kpop.

Single terbaru DOLLA diberi nama LOOK AT THIS, single ini sebenarnya dicipta dan ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh penciptanya yang berasal dari Sweden. Namun lagu ini kemudian telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia khas buat peminat-peminat DOLLA di sini.
Menurut Tabby, salah seorang ahli kumpulan DOLLA, lagu ini menceritakan tentang keyakinan diri.
“Ia berkisar keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagunya yang rancak juga memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya yang menarik. Malah ada bait lirik yang berbunyi “kau pandang di sini mata memerhati, but I ain’t even worried bout that,” kata Tabby.

Proses penulisan lagu juga memakan sedikit waktu kerana lagu asal ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Menurut Syasya pula lagu ini menampilkan sisi DOLLA yang berbeza.
Untuk video muziknya pula kami bekerjasama dengan Ghazi yang sudi mendengar pendapat kami demi secebis kelainan. Kami bersyukur kerana sangat mudah bekerja dengan semua orang,” katanya.
DOLLA berharap lagu ini dapat diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa. Ia sesuatu yang berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.

Single LOOK AT THIS boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 17 Februari jam 12 tengah malam, manakala music videonya pula boleh ditonton di laman YouTube DOLLA pada tarikh 17 Februari jam 9 malam.