Gaya Hidup

Huawei P60 Pro dilancarkan Di Malaysia dengan harga bermula RM4699

Kuala Lumpur – Huawei P60 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Ia diumumkan sebagai peranti mercu terkini Huawei yang hadir dengan kemaskini menarik daripada pelbagai aspek khususnya buat para penggemar fotografi di luar sana.

Model ini hadir dengan pelbagai kemas kini lebih-lebih lagi pada bahagian kameranya. Anda boleh menjangkakan pengalaman fotografi yang menakjubkan pada siri kali ini. 

Huawei P60 Pro dikuasakan oleh pemproses CPU Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 4G (4 nm) dengan storan 256GB, 8GB RAM. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.67-inci LTPO OLED. Ia mempunyai kamera belakang Triple: 48 MP, f/1.4-f/4.0, 25mm (wide), PDAF, Laser AF, OIS + 48 MP, f/2.1, 90mm (telephoto), PDAF, OIS, 3.5x optical zoom + 13 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), AFMP dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, HSPA dan LTE-A. Ia juga dilengkapi dengan Li-Po 4815 mAh dengan ketebalan peranti 8.3 mm, seberat 200g, dan menggunakan HarmonyOS 3.1 (China), EMUI 13.1 (Europe), no Google Play Services.

Sistem tri-kamera digunakan pada tahun ini yang terdiri dengan 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Kemampuan zum optikal hingga 5X dan zum digital 100X disokong, selain turut menggunakan sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica sebelum ini.

Kapasiti bateri pula sebesar 4815mAh yang juga boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas berwayar 88W dan secara wireless 50W. Ciri lain yang disertakan juga termasuklah NFC, Bluetooth 5.2 dan penarafan perlindungan air IP68.

Bahagian hadapan pula memuatkan kamera swafoto 13MP f/2.4. Kemudian tubuh peranti juga melepasi piawaian IP68, dalam masa sama turut sistem pembesar suara stereo dan pemancar inframerah.

Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti Komunikasi satelit dua hala, penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan sistem operasi Harmony OS 3.1.

Bagi anda yang berminat, Huawei P60 Pro sedia dijual dengan harga bermula RM4,699 untuk varian(8GB/25GB) dan RM5,499 untuk varian (12GB/512GB)yang boleh didapati dalam dua piliha warna seperti Rococo Pearl atau Black.

Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini iaitu 11 Mei sehingga 19 Mei. Setiap pembelian melalui HUAWEI Experience akan menerima hadiah percuma bernilai RM1560 dan pembelian secara atas talian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1460.

Tunggu review lengkap kami untuk Huawei P60 Pro!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: