HABIB rasmi ruang pameran baharu konsep ‘Metamorfosis’

Published by

on

Ampang – Jenama emas terkenal, HABIB hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran baharu di ibu pejabatnya di Ampang. Berkonsepkan Metamorfosis yang lebih segar dengan ruang kondusif, ternyata memberi satu nafas baru buat jenama itu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, HABIB Ampang Point memegang tempat istimewa di hati ramai pelanggan. Beliau berbangga untuk menunjukkan reka bentuk bilik pameran yang kontemporari disamping mengiktiraf perubahan citarasa dan keperluan pelanggannnya.

“Reka bentuk Flagship Store baharu ini memperkenalkan ruang yang lebih besar, keselesaan dan tahap privasi pelanggan yang lebih tinggi.

“Ia juga mempunyai bilik VIP untuk pelanggan yang memerlukan perundingan barang kemas peribadi serta memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih privasi dan tertutup” katanya dalam ucapan perasmian disini hari ini.

Tambahnya, setiap aspek reka bentuk dalaman dari lampu, kaunter, ruang pameran dan rekaan siling diilhamkan daripada bentuk geometri batu permata dan mutiara. Memberi impak kemewahan dan gemerlapan yang yang akan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam memilih barangan kemas yang diidamkan.

Lokasi strategik kedai di tingkat bawah Ibu Pejabat Habib ini juga mempamerkan koleksi terbesar barang kemas HABIB dan batu permata. Selain itu, reka bentuk yang terkini dengan koleksi jongkong emas, barang kemas Oro Italia 916 serta jenama terkenal antarabangsa seperti Heart On Fire dan Stephen Webster.

Ruang pameran yang lebih luas ini sekali gus memberi banyak pengalaman yang lebih bernilai kepada pelanggan dengan pilihan yang pelbagai.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disamping Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer dan Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dr Ani Binti Ahmad dan tetamu VIP yang lain.

Habib Jewels Sdn. Bhd.ialah sebuah syarikat dan jenama berlian dan barangan kemas Malaysia. Ditubuhkan pada 1958, sejarah Habib bermula dengan pembukaan kedai pertama di Jalan Pitt, Pulau Pinang yang kemudian dikenali sebagai “Corner Jewellers”, oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.

HABIB terus berusaha untuk memberikan terbaik untuk pelanggannya. Setelah 66 tahun HABIB bertapak dalam perniagaannya, jenama ini kekal ikonik dan memberi inspirasi, dengan mengekalkan legasinya sebagai jenama barangan kemas pilihan rakyat Malaysia dengan rekaan yang sempurna serta perkhidmatan unggul yang ditawarkan.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.