Alphaswift, Aerodyne meterai kerjasama, tingkat inovasi AI dan dron dalam industri agrikultur

Published by

on

Cyberjaya – Teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu menjadi inovasi utama dalam meningkatkan pembangunan pertanian di Malaysia dari masa ke masa.

Teknologi AI dianggap sebagai teknologi masa hadapan yang akan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi dan mewujudkan sistem terbaik dan maju terutama dalam industri agrikultur.

Sehubungan itu, syarikat penyedia dron industri, reka bentuk dan pembangunan robotik tempatan, Alphaswift menjalin kerjasama dengan Syarikat perkhidmatan dron dan transformasi digital, Aerodyne Group (Aerodyne) dalam memfokuskan teknologi terkini menerusi perkhidmatan agrimor.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphaswift,  Dr. Shian Lee berkata kerjasama ini melengkapkan hubungan baik antara dua syarikat tempatan dalam membawa kepakaran ke pasaran global.

“Alphaswift menggunakan dron model A-22 Falco dengan kapasiti enjin bersepadu yang mampu terbang sehingga 10KM dan keupayaan semburan sejauh 6 meter.

“Dengan terknologi aircraft, kestabilan enjin dan remote control, model ini sangat sesuai untuk industri agrikultur dan kami berkerjasama dengan Aerodyne untuk kepakaran mereka dalam menyediakan perisian teknologi AI dan analisis” katanya.

Tambahnya, penyeragaman logistik dron dan infrastruktur berkaitan adalah sangat penting untuk ekonomi global khususnya. Pertanian yang berjaya kini tidak dibatasi oleh jarak atau kekurangan tenaga kerja. Dengan dron pertanian yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan hasil tanaman serta mengurangkan kos.

Alphaswift turut berharap kerjasama ini dapat diluaskan bagi industri yang lain.

Ketua Pegawai Produk Agrimor Aerodyne, Razwan Zakaria menyifatkan kerjasama ini sebagai permulaan positif memajukan industri dengan mengaplikasikan teknologi AI dalam pertanian.

“Kita mahu terus mengembangkan lagi industri agrikultur negara secara holistik di samping meningkatkan inovasi.

“Satu daripada kelebihan AI ialah kemampuannya memberi analisis data mendalam berasaskan cuaca, keadaan tanah, malah kadar kelembapan. Berdasarkan kemampuan itu, AI memberi data berhubung masa penanaman, penggunaan baja dan radius semburan yang betul, sekali gus mampu meningkatkan hasil pertanian.

“AI juga berupaya memantau kesihatan tanaman berdasarkan pemerhatian terhadap data sensor dan visual” jelasnya.

Penggunaan AI membolehkan amalan pertanian menjadi lebih mampan seterusnya akan dapat meningkat kualiti tanaman.

Kedua mereka ditemui dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Centre of Garage, Cyberjaya disini hari ini.

Sebagai tambahan, dron model A-22 Falco berspesifikasi tangki petrol 3.5L yang membawa tenaga yang mencukupi untuk memastikan kerja penyemburan berterusan untuk tangki cecair (20L untuk operasi) dengan enjin petrol Xuanfu (oleh Geely) GX-7 dipasang pada dron.

Untuk operasi yang lebih selamat, dron enjin petrol A-22 Falco didatangkan dengan kamera hadapan yang menyediakan FOV sudut lebar 120°. Operator boleh memantau keadaan di hadapan dron. Kedua-dua LED berkuasa itu mampu memberikan pencahayaan yang lebih baik untuk pengendali apabila bekerja pada waktu malam.

Tangki cecair 22 liter dipasang pada enjin petrol untuk memaksimumkan kecekapan operasi dan semburan boleh mencapai sehingga 6 meter.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.