KOTA BHARU: Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, bagi mendapatkan nasihat untuk menguruskan UMNO.

Beliau berkata, pertemuan itu hanya perbincangan empat mata dan tidak perlu berkongsi kepada umum.

“Saya tidak perlu menghuraikan (pertemuan itu) kerana itu atas perbincangan empat mata. Elok saya tidak berkongsi (kepada umum).

“Tetapi saya nak menjelaskan tidak pernah meminta nasihat daripada Dr Mahathir bagaimana untuk menguruskan UMNO.

“Ini kerana saya dan rakan (pemimpin UMNO) tahu untuk menguruskan parti kami sendiri,” katanya selepas Majlis Jelajah Aidilfitri di bangunan UMNO, di sini, hari ini.

Beliau yang juga calon Presiden UMNO berkata demikian sebagai mengulas berhubung pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 7 Jun lalu.

Terdahulu, akhbar melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menempelak pertemuan antara Pemangku Presiden UMNO itu dengan Dr Mahathir.

Pemimpin veteran UMNO itu berkata, beliau tidak akan merayu kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat jika beliau sebagai Pemangku Presiden UMNO.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading