Idris yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tewas kepada bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mohamad Ali memperolehi sebanyak 353 undi mengatasi Idris yang mendapat 161 undi daripada keseluruhan 514 perwakilan.

Jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO bahagian pula masing-masing kekal dimenangi penyandangnya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Datuk Sazali Muhd. Din.

Sebelum ini, sebahagian besar Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu mendesak Idris bertanggungjawab serta melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian selepas UMNO Melaka tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.