Beliau berkata, tohmahan dan laporan polis dibuat penyokong Pakatan Harapan (PH) sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menyebabkan beliau tidak dapat pulang ke rumah bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat handai.
“Walaupun dianiaya hanya atas kesalahan kecil, saya tidak akan mengalah dalam memperjuangkan parti UMNO walaupun diberi pelbagai tanggapan negatif serta tuduhan dari netizen di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.
“Saya ingin menegaskan, pemilihan sayap Bahagian Sungai Besar yang berlangsung minggu lalu berjaya diadakan tanpa kehadiran saya.
“Saya percaya dan yakin pihak perwakilan mampu membuat pilihan bijak dan tepat bagi memilih kepemimpinan bahagian, sekali gus mengekalkan momentum perjuangan sedia ada,” katanya.
