KUALA LUMPUR – Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Datuk Mohd. Imran Tamrin sedang menunggu maklumat lengkap daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan anak guamnya di Indonesia hari ini.
Beliau ketika dihubungi berkata, sekiranya perlu pihaknya akan ke negara jiran itu bagi menguruskan proses ekstradisi Jamal.
Beliau berkata, pihaknya berharap Jamal tidak diambil sebarang tindakan di Indonesia.
Terdahulu hari ini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang.
