KUALA LUMPUR – Pengamal media yang membuat liputan kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, diminta agar mematuhi peraturan dan arahan petugas polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ini kerana kawasan kompleks mahkamah berkenaan adalah kawasan larangan dan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.
Datuk Seri Mazlan meminta pengamal media dan orang ramai agar tidak melakukan perkara yang menyalahi peraturan.
Beliau berharap semua pengamal media mematuhi arahan polis serta tidak berada di kawasan larangan yang ditetapkan oleh mahkamah
Mengenai tahap kawalan keselamatan polis di kompleks mahkamah itu, Mazlan berkata keadaan amat terkawal dan pihaknya telah menempatkan pegawai serta anggota polis yang secukupnya.
