GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam memberi amaran kepada kebanyakan negara bahawa mereka masih berada pada fasa awal pandemik COVID-19 dengan jangkaan virus ini akan terus ada dalam tempoh yang panjang.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata sebahagian negara yang menyangkakan jangkitan baharu COVID-19 berada dalam keadaan terkawal, dilaporkan mengalami peningkatan kes.

Bahkan, ketika ini trend peningkatan kes COVID-19 ketara di Afrika dan Amerika Syarikat.- AFP

Beliau turut menegaskan, agensi kesihatan PBB yang mengisytiharkan kecemasan global pada 30 Januari lalu melaksanakan langkah berkenaan tepat pada waktunya.

Ia membolehkan kebanyakan negara melakukan persiapan dan merancang bagi tindakan yang sewajarnya.

WHO menerima kecaman yang teruk dari Amerika Syarikat yang mengkritik cara menguruskan pandemik itu, bagaimanapun Tedros tidak mengendahkan cadangan menggesanya meletakkan jawatan.

“Kebanyakan epidemik di Eropah Barat kelihatan stabil atau menurun.

“Walaupun angka positif baharu menurun, kita dapat melihat peningkatan trend kes di Afrika, di kawasan tengah dan selatan Amerika dan di bahagian Eropah Timur.

“Usah lakukan kesilapan kerana kita masih terus berjuang ketika ini. Virus ini akan berada bersama kita semua untuk jangka masa panjang,” kata

Tedros dalam satu sidang media maya di Geneva.

Menurut AFP, angka kematian global melepasi 175,000 dengan 2.5 juta daripadanya membabitkan kes yang diisytiharkan sejak epidemik itu bermula di China Disember lalu. – AFP

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading