Terkini

APM sedia digerakkan sepanjang musim perayaan

KUALA NERUS – Kira-kira 300 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu bersedia untuk digerakkan sepanjang musim perayaan ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, walaupun tiada Ops Bantu pada tahun ini, APM Terengganu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

Katanya dalam musim perayaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, pihaknya turut memfokuskan kepada kes-kes kecemasan termasuk kemalangan jalan raya.

“Penugasan untuk APM di seluruh negeri Terengganu ini seperti tahun sebelumnya, cuma kita tidak ada Ops Bantu tahun ini, jadi kita lebih menumpukan kepada PKPB.

“Kita jangkakan tidak berlaku kesesakan trafik disebabkan penguatkuasaan PKPB dalam, namun anggota APM akan tetap bersedia untuk membantu apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 30 orang anggota akan bersedia di setiap daerah dan akan bertindak segera jika berlaku kes kecemasan.

Che Adam berkata, selain itu pihaknya juga turut melakukan tinjauan berkala di jalan negeri serta jalan persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: