Sukan

‘JomSelangor Virtual Challenge 2021’ tawar 5,000 pingat

KUALA LUMPUR – Berikutan penglibatan orang ramai dalam aktiviti bersukan bagi mengamalkan gaya hidup sihat terus terjejas berikutan pandemik COVID-19, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) mengambil inisiatif untuk menganjurkan ‘JomSelangor Virtual Challenge 2021’ bermula 14 Mac hingga 14 April.

JBSN Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan acara yang dianjurkan dengan kerjasama kelab larian Jom Run itumelibatkan larian 5 km dan 21 km, manakala berbasikal membabitkan jarak 5 km dan 30 km yang diadakan secara maya.

Peminat aktiviti sukan larian dan berbasikal dari seluruh negara boleh menyertai acara itu secara percuma, dan 5,000 peserta pertama akan menerima pingat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya ia mendapat penyertaan yang memberangsangkan, pihaknya akan menganjurkan lebih banyak acara sedemikian dengan kerjasama pihak swasta dan JBSN lain.

“Berikutan pandemik COVID-19, semua acara berbentuk massa kita buat secara dalam talian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada banyak batas yang kita perlu patuhi, tetapi untuk aktiviti secara peribadi tanpa sentuhan ia dibolehkan.

“Kita buat acara secara individu tetapi bertanding secara beramai-ramai,” katanya ketika pelancaran di Menara KBS, Putrajaya hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: