Terkini

Jabatan Perumahan Negara digesa bayar tunggakan bil air PPR Lembah Subang 2

SUBANG JAYA – Jabatan Perumahan Negara (JPN) digesa menyelesaikan tunggakan bil air Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100,000 bagi memboleh bekalan air disambung semula.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia berkata hampir penduduk 5,000 di situ tidak sepatutnya berdepan masalah air memandangkan bil mereka dibayar secara terus kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Tunggakan ini adalah dari meter pukul yang digunakan untuk kemudahan awam seperti surau dan dewan. Pengurusan menerusi JPN bertanggungjawab membayar bil ini.

“Difahamkan pengurusan kawasan ini telah menerima lima notis bayaran namun tidak mengendahkan hingga akhirnya bekalan air dipotong kira-kira jam 1 pagi semalam tanpa makluman awal,” kata Halimey Abu Bakar ketika ditemui di PPR berkenaan malam ini.

Bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air bersih, Halimey mengambil inisiatif meminta bantuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya menghantar lima tangki air bermula petang tadi.

“Saya akan berjumpa dan mendesak pihak JPN serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung masalah ini demi memastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: