Hiburan

Polis mungkin panggil semula Noor Kartini

SHAH ALAM – Datin Noor Kartini Mohamed mungkin akan dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan berhubung kes menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, setakat ini, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan hasil keterangan yang diberikan Noor Kartini semalam.

“Semuanya masih dalam siasatan dan sekiranya ada keperluan, kita akan panggil (Noor Kartini) lagi untuk sambung (ambil keterangan).

“Buat masa ini, masih ada beberapa tindakan yang perlu diambil dan saya akan maklum semula kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam, Noor Kartini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Dae­rah (IPD) Shah Alam untuk memberi keterangan.

Difahamkan, Noor Kartini memberi keterangan selama dua jam bermula pukul 10 pagi.

Minggu lalu, tular di media sosial mendakwa Noor Kartini menghina Sultan Iskandar di medium Instagramstorynya, namun ibu Neelofa itu menafikan perkara berkenaan.

Susulan itu, dia membuat laporan polis mendakwa pengurus media sosial syarikatnya yang melakukan perkara terbabit.

Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Ke­seksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Sek­syen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: