Terkini

DUN Negeri Sembilan bersidang Ogos

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan bersidang pada awal bulan Ogos depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mempersembahkan berkenaan sidang DUN.

“Alhamdulillah, Tuanku Muhriz telah perkenan dan kita menjangkakan pada minggu pertama bulan Ogos, boleh laksanakan mesyuarat dan perasmian sidang DUN secara bersemuka.

“Kita akan minta Setiausaha Dewan Undangan Negeri menghantar notis dan warta kepada semua ahli dewan bagi memastikan kita dapat menjalankan tanggungjawab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara webinar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri dekat sini pada Rabu.

Kali terakhir sidang DUN Negeri Sembilan diadakan pada awal Disember lalu membabitkan pembentangan Bajet 2021.

Dalam pada itu, Aminuddin juga memberitahu, kerajaan negeri sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) berkenaan ibadah korban.

“Kita telah sediakan SOP, kita lihat juga SOP yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan, dan kini sedang diperincikan semula di peringkat Jabatan Mufti, sebelum dibawa untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan.

“Kita akan segerakan perkara ini, insya-Allah minggu depan kita akan maklumkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: