Terkini

MERCY Malaysia bantu KKM rawat COVID-19

KUALA LUMPUR – Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) tampil memberi bantuan kecemasan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memudahkan operasi merawat pesakit COVID-19 di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu memberi tumpuan menyediakan keperluan penting termasuk katil, alat ventilator, pakaian perlindungan diri (PPE), ubat-ubatan dan pelbagai kemudahan lain.

Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata pihaknya akan membantu Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan memanfaatkan kepakaran sedia ada.

“MERCY Malaysia juga bersedia memberi bantuan menyediakan pakar, perkhidmatan perubatan dan bukan perubatan dari kalangan sukarelawan bagi mengisi kekurangan pasukan perubatan kritikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Ahmad Faizal berkata, pihaknya juga sudah membantu menggerakkan Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) memberikan latihan bukan intensif dan peningkatan kemahiran kepada kakitangan, pegawai perubatan dan jururawat Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.

Katanya, latihan bagi menguruskan pesakit COVID-19 dewasa yang kritikal itu diadakan awal bulan ini seperti diminta Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Bulan lalu KKM menggunakan Ordinan Darurat untuk mengambil alih dua hospital baharu yang belum digunakan lagi, dalam usaha siap siaga merawat pesakit COVID-19.

Dua hospital yang diambil alih adalah Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.

Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM mempunyai 243 katil belum digunakan serta 20 katil khas di ICU.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: