Luar Negara

Varian COVID-19 Delta ancaman terbesar AS

WASHINGTON – Varian COVID-19 Delta yang kali pertama dikesan di India adalah ancaman terbesar terhadap usaha Amerika Syarikat (AS) membasmi pandemik itu di seluruh negara.

Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci pada sidang media semalam, mengakui penyebaran virus COVID-19 varian itu bukan saja membawa ancaman lebih besar berbanding varian asal COVID-19 tetapi juga meningkatkan kesan simptom terhadap pesakit.

Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini turut mengakui varian COVID-19 Delta menjadi versi penyakit global yang dominan.

Fauci berkata, vaksin yang dibenarkan di AS, termasuk vaksin Pfizer-BioNTech bagaimanapun berkesan terhadap varian baharu COVID-19, lapor agensi berita CNA.

Sementara itu, Penasihat Kanan Rumah Putih COVID-19, Jeffrey Zients berkata, AS diramal gagal mencapai sasaran memberikan vaksinisasi COVID-19 kepada 70 peratus orang dewasa menjelang 4 Julai ini dan berkemungkinan memerlukan tambahan beberapa minggu bagi mencapai sasaran itu.

Beliau menjangkakan 70 peratus golongan dewasa berusia lebih daripada 27 tahun akan menerima sekurang-kurangnya satu dos pada 4 Julai.

Lebih daripada 150 juta rakyat AS atau lebih 45 peratus sudah divaksinasi sepenuhnya, menurut data Persekutuan yang dikemas kini sehingga kelmarin.

Varian COVID-19 Delta menyumbang kepada peningkatan kes positif yang teruk di India pada April dan Mei lalu, hingga mengakibatkan negara itu tidak dapat menampung perkhidmatan kesihatannya serta membunuh ribuan orang. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: