Terkini

Kerajaan Arab Saudi iktiraf kadar vaksinasi pantas Malaysia

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi negara antara yang terpantas di dunia mendapat penghormatan dan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dikongsi Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kunjungannya di sini, pada Rabu.

Menurut Zulkifli, perkara itu membolehkan Malaysia disenaraikan antara 49 negara yang diberi kelulusan oleh Arab Saudi bagi tujuan pelancongan, termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mempunyai kes jangkitan positif Covid-19 yang tinggi, kadar vaksinasi yang amat pantas menyebabkan Arab Saudi memberi kepercayaan penuh untuk membuka pintu negaranya kepada Malaysia bagi tujuan pelancongan.

“Di samping itu, keberkesanan vaksin yang memperlihatkan 98.1% kes hanya di tahap 1 dan 2 serta kadar kesembuhan 81.37% menzahirkan sistem pengurusan kesihatan Malaysia yang teratur,” katanya yang dikongsi di Facebook beliau.

Katanya lagi, buat masa ini kerajaan Malaysia masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung permohonan visa umrah bagi rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menyeru kepada umat Islam di negara ini untuk memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT agar pandemik Covid-19 segera pulih agar rakyat dapat kembali menziarahi Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat.

Katanya, hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi akan terus diperkukuh bagi manfaat kedua-dua negara.


Beliau turut menghargai sumbangan satu juta dos vaksin Astrazeneca dan 4.5 juta unit pelbagai bantuan perubatan daripada Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Muhammad Salman melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSrelief).

Ujarnya, hanya ALLAH SWT yang layak mengganjari Khadimul Haramain Al-Syarifain, Putera Mahkota dan kerajaan Arab Saudi atas sumbangan diberikan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: