Sukan

Sidang DUN Johor ditangguh sehingga 22 Ogos

ISKANDAR PUTERI – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat mengarahkan sesi persidangan DUN direhatkan selama seminggu dan bersambung pada 22 Ogos nanti.

Suhaizan berkata, ia bagi membolehkan penilaian risiko kesihatan dibuat selain prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan di dewan berkenaan.

“Saya dengan ini memutuskan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 yang sepatutnya bersambung pada Ahad ini iaitu 15 Ogos, ditunda kepada 22 Ogos.

“Ia bagi membolehkan penilaian risiko kesihatan selain nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) diambil kira dengan pelaksanaan SOP lebih ketat,” katanya ketika menangguhkan persidangan hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata penangguhan DUN Johor terpaksa dibuat bagi memastikan pematuhan SOP dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden di Parlimen sebelum ini berlaku pada sidang DUN Johor.

“Kerajaan negeri tidak mahu perkara yang berlaku di Parlimen, terjadi pada sidang DUN pula. Baru separuh jalan sudah ditangguhkan kerana terdapat kes jangkitan COVID-19 di sana.

“Pada waktu ini, Speaker sedang memperhalusi SOP ditetapkan membabitkan tempoh berapa hari dewan bersidang dan tempoh berapa lama sesi persidangan akan diadakan. Perkara ini akan dibincangkan dengan KKM,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan.

Hasni berkata, bagi memastikan keselamatan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, kerajaan negeri akan membentuk gelembung pergerakan dengan memastikan kesemua ADUN berada di sebuah lokasi selamat.

“Kerajaan negeri akan bentuk satu gelembung pergerakan ADUN, mereka akan berada di lokasi lebih selamat daripada sebarang kemungkinan dan tidak rapat dengan mana-mana pihak bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19, ketika persidangan berlangsung.

“Bagi mempertingkatkan lagi pematuhan SOP, keperluan seperti pemasangan cermin lut sinar, bilangan boleh hadir, kaedah sebelum hadir ke dewan dan sewaktu persidangan antara diteliti dan dipatuhi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: