Hiburan

Che Ta beri keterangan pada polis isu saman Diva AA

Kuala Lumpur – Pelakon Rozita Che Wan hari ini hadir memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields susulan laporan polis dibuat pengacara Azwan Ali terhadapnya.

Kata Che Ta, siasatan yang dijalankan bermula jam 12 tengah hari itu berjalan lancar.

“Saya sudah memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan polis. Saya memberikan keterangan seperti diminta.

“Jadi, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Che Ta mendakwa Azwan atau juga dikenali sebagai Diva AA melemparkan kata-kata tidak senonoh terhadap dia dan ibunya Zabedah Saad berikutan imej digayakannya sewaktu menghadiri temu janji vaksin.

Kata-kata kesat itu tular selepas Azwan menciap di Twitter. Namun Che Ta, 48, mengaku terkilan kerana beranggapan hubungan mereka sesama rakan artis selama ini tidak pernah bermasalah. 

Che Ta berkata, dia memadam semula hantaran dimuat naik di Instagram itu selepas perasaannya kembali tenang.

Azwan pula dilaporkan membuat laporan polis terhadap Che Ta kerana mendakwa aktres terbabit telah merosakkan reputasinya sebagai penggiat seni.

Dia kemudian memuat naik foto laporan tersebut dalam Twitter semalam selain bercadang untuk mengemukakan saman RM5 juta kepada Che Ta.

Bagaimanapun, Che Ta berkata, dia tidak boleh mengulas secara terperinci mengenai laporan Diva AA yang dibuat terhadapnya atas nasihat peguam.

Pelakon Kiah Pekasam itu ditemani suami, Zain Saidin ketika memberi keterangan.

Selain Che Ta, polis turut mengambil keterangan Zain dan pengurusnya, Afeeq Wahab bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: