Hiburan

Aron Koh lancar buku “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking”

Kuala Lumpur – Sebut nama Aron Koh, pasti tidak ramai yang mengenali penerbit dan pengarah filem muda ini. Namun namanya mula dikenali apabila filem cereka seram pertamanya, Seed of Darkness pada tahun 2005 dihasilkan.

Bermula dari itu, beberapa lagi karya filem terkenal dihasilkan antaranya seperti Show Me Your Love, Haunted Hotel dan Zombitopia.

Beliau yang pernah meraih beberapa anugerah bertaraf antarabangsa itu juga kini giat menghasilkan beberapa filem tempatan antaranya filem Gila Gusti yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Januari tahun 2022 nanti.

Berpengalaman selama 18 tahun dalam dunia perfileman memberikan beliau inspirasi untuk menghasilkan sebuah buku biografinya sendiri bertajuk “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking”.

Berkisarkan cabaran, pengalaman dan pandangannya dalam industri perfileman dimuatkan dalam buku tersebut sebagai buah tangan kepada pembaca terutama pembikin filem muda mahupun para pelajar jurusan perfileman.

“Buku ini ditulis sebagai perkongsian dari saya dan juga inspirasi kepada sesiapa sahaja dalam industri perfileman lebih-lebih lagi apabila bidang ini antara paling teruk terkesan dengan pandemik covid-19.

“Bukan sahaja untuk mereka yang sudah ada dalam industri, tetapi buku ini juga sesuai untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan graduan dalam jurusan perfileman” katanya.

Beliau menambah, penghasilan buku ini bukanlah untuk mengejar keuntungan tetapi ia lebih kepada motivasi kepada orang ramai untuk bangkit dalam fasa pasca-pandemik.

Jelasnya, pada masa ini beliau belum ada perancangan untuk mengadaptasi biografinya itu dalam bentuk filem, namun tidak menolak sekiranya bakal melakukannya pada masa akan datang.

“Saya tulis buku ini semasa PKP 3.0 kerana mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan menulis buku.

“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita” tambahnya.

“ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking” disyorkan oleh pengarah dan penulis skrip filem Malaysia yang memenangi anugerah, Ryon Lee, ahli jawatankuasa eksekutif Taiwan Golden Horse Film Awards, Tony Hu, pengerusi Hari China di Festival Filem Antarabangsa Poppy Jasper, Shanshan Whittall, pengarah filem terkenal Singapura, Jack Neo, pengarah filem pemenang anugerah Hong Kong Clifton Ko dan perunding jenama syarikat pengiklanan Kian Ong. 

Pada majlis itu, Aron turut mengumumkan rancangan penggambaran dan tayangan filem tahun baharu Cina “Small Town Heroes”, animasi Melayu “Tiga Adiwira”, filem Melayu “Indera”, “Gila Gusti” dan “Oh My Soul”.

Beliau juga turut menyumbangkan 300 buah buku kepada perpustakaan awam Selangor agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang awam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: