Terkini

DYTM Raja Muda Selangor lawat kawasan rumah terjejas banjir

PETALING JAYA – Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) menganjurkan Program Kita Bantu. Ia merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Idea yang tercetus pada April 2020, program ini telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil, petugas barisan hadapan dan yang terbaru, golongan yang terjejas oleh banjir besar pada Disember 2021.

Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu. 

Lau Gek Poh Foundation diwakili oleh Encik Gary Pang,  Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad yang telah berbesar hati menaja sumbangan dan telah disampaikan kepada Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021. 

Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda. Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir. 

Pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitar Selangor. Antaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta Klang. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: