Terkini

Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China, keluarga mangsa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan China susulan tragedi pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas semalam.

Menerusi catatan di akaun Facebook, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pesawat itu dan berharap semoga mereka tabah menghadapi ujian tersebut.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di wilayah Guangxi, China, semalam.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada kerajaan China dan keluarga mangsa.

“Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, pesawat yang membawa 132 penumpang itu dilapor terhempas kira-kira 2.38 petang di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou.

Pesawat Boeing 737 terbabit berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: