Terkini

Penguatkuasaan penanda SIRIM pada pelitup muka ditangguhkan ke 1 Januari 2023

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM ditangguhkan ke 1 Januari 2023.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penangguhan itu kerana memandang keresahan rakyat sekiranya ia mengakibatkan kenaikan harga pelitup muka di pasaran.

“Penangguhan ini bertujuan sebagai penyesuaian kepafa industri dan menitik beeatkan keresahan rakyat” katanya kepada media selepas hadir majlis amanat bersama pihak industri sempena pewartaan dan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik 2022, di sini hari ini.

KPDNHEP dalam satu kenyataan Selasa lepas memaklumkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 diwartakan pada 4 Julai ini.

Pewartaan itu adalah bagi pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Penandaan MS SIRIM perlu diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna dan penandaan MS SIRIM itu menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

Nanta memberi jaminan kepada pengguna bahawa harga pelitup muka bukan perubatan tidak akan dinaikkan.

“Pihak kementerian telah mengarahkan pengilang dan pengimport agar tidak menaikkan harga pelitup muka” jelasnya.

Beliau juga berkata perbincangan dengan SIRIM QAS International pula agar caj kepada pemohon adalah rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: