Hiburan

Falcon Pictures kembali ke pawagam dengan 7 filem pertengahan tahun 2022

Lebih dari dua tahun industri filem Indonesia telah terkesan. Di pertengahan segala kesulitan ekonomi yang telah melanda seluruh dunia semenjak pandemik Covid-19, banyak bisnes dan aktiviti ekonomi telah pun ditutup. Namun demikian, Falcon Pictures kekal berusaha untuk meneruskan produksinya sebagai tanda sumbangan Falcon Pictures kepada pekerja filem di Indonesia.

Ia telah dibuktikan bahawa rumah-rumah produksi yang menghasilkan filem box office telah mengeluarkan lebih daripada 20 filem dalam dua tahun terakhir ini. Kini, di saat keadaan mulai pulih, Falcon Pictures bangkit dengan menghadirkan tujuh filem sekaligus pada tahun 2022. Filem-filem tersebut berjudul, Cinta Subuh, 12 Cerita Glen Anggara, Miracle In Cell No 7, Hello Ghost, My Sassy Girl, Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti, dan Warkop DKI Kartun.

Event showcase yang memperkenalkan tujuh filem tersebut disambut dengan meriah dan layak digelar sebagai Gala Premiere Filem-Filem Falcon Pictures. Acara ini dihadiri oleh lebih dari tiga puluh artis ternama melintasi generasi. Para pelakon yang hadir termasuk Prilly Latuconsina, Jefri Nichol, Aliando, Tiara Andini, Onadio Leonardo, Vino G Bastian, Bryan Domani, Mawar de Jongh, Adhisty Zara, Adipati Dolken, Enzy Storia, Rey Mbayang, Dinda Hauw, Roger Danuarta, Cut Meyriska, Tora Sudiro, Indro Warkop, Indra Jegel, Rigen, Dhini Aminarti, Syakir Daulay, Adiba Khanza, Donny Damara, Junior Roberts, Abun Sungkar, Dannia Salsabilla, Ciara Brosnan, Randy Danistha, Petrus Mahendra, Ibnu Wardani, Raja Giannuca, dan Graciella Abigail.

Frederica, Produser Falcon Pictures berkata buat tahun 2022 ini akan menjadi titik awal Falcon Pictures kembali ke pawagam.”Mulai hari ini, Falcon Pictures akan mengadakan event showcase setiap 6 bulan, untuk memperkenalkan filem-filem terbaru. Dimulai dengan event showcase ini, semoga hasil kerja keras kami untuk menghasilkan filem-filem berkualiti, dapat menghibur masyarakat dan menjadi permulaan yang baik buat Falcon
Pictures,” harapnya.

Prilly Latuconsina yang terlibat dalam filem 12 Cerita Glen Anggara juga berkongsi rasa senang adanya acara ini.” Semoga ini menjadi permulaan yang baik untuk filem Indonesia, dan melalui filem 12 Cerita Glen Anggara kita dapat memberi kepercayaan kepada masyarakat Indonesia, terutama penggemar filem, untuk kembali menonton di pawagam,” jelasnya.

Sementara itu, Jefri Nichol dan Tiara Andini yang mewakili film My Sassy Girl mengakui berasa gembira dengan hadirnya filem ini.” Tidak menyangka, akhirnya filem layar lebar pertama saya tayang di pawagam tahun 2022 ini. Saya kadang tidak percaya, dan terharu, bahkan menangis,” ujar Tiara. “Saya berharap, filem ini dapat meraih kejayaan sama seperti filem aslinya di Korea,” tambah Jefri.

Manakala Vino G Bastian, Tora Sudiro, Indro Warkop dan seluruh krew Miracle In Cell No 7 juga merasa bersyukur, mendapat kesempatan oleh Falcon Pictures. “Pasti bersyukur meskipun kita tahu tentang keadaan sekarang. Tetapi Falcon Pictures tidak pernah berhenti untuk membuat filem, dan kami boleh menjadi sebahagian daripada filem Miracle In Cell No.7. Semoga kerja keras kami boleh mendapatkan apresiasi positif dari
masyarakat Indonesia,” terangnya.

Pendapat yang sama turut disampaikan oleh Aliando, Adipati Dolken dan Randi yang kini hadir sebagai pelakon suara Dono,Kasino dan Indro di film Warkop DKI Kartun. “Senang sekali boleh kembali merasakan suasana meriah di pawagam. Semoga semua berjalan lancar, dan filem Warkop DKI Kartun ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” harapnya.

Mewakili filem Cinta Subuh, Rey Mbayang berharap, dengan adanya event perkenalan film-film Falcon Pictures dapat membuat dunia filem Indonesia kembali semula.” Semoga acara ini memiliki kesan yang positif untuk filem Indonesia, dan khususnya filem Cinta Subuh,” ujar Rey.” Saya berharap selain menghiburkan penonton, mesej yang
disampaikan di filem Cinta Subuh dapat sampai ke penonton,” kata Dinda Hauw.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: