Terkini

‘Saya tak mahu ulas isu itu’, Shahidan enggan ulas gesaan letak jawatan

Putrajaya – Menteri Wilayah, Dato Seri Shahidan Kassim enggan mengulas lanjut berkenaan satu status yang dimuat naik di platform laman media sosial salah satu stesen televisyen tempatan.

Status yang dimuat naik itu menggesa agar beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur segera mengundurkan diri kerana gagal menyelesaikan isu banjir kilat yang berlaku semalam di Ibu negara.

“Saya tak mahu ulas isu itu, tak perlu komen la berkenaan berita 7.57 itu” jawabnya ringkas.

Walau bagaimanapun, dalam ucapannya beliau turut menjelaskan telah mengarahkan pegawainya untuk turun membantu menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir kilat yang terjejas.

“Saya berharap jika ada sebarang masalah teruslah berhubung dengan pihak saya dan bantuan segera akan disalurkan” katanya.

Dalam pada itu, beliau akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat berhubung isu kebakaran stor simpanan balai polis Sentul yang berpunca daripada mercun yang telah disita.

Kebakaran itu juga memberi kesan kepada sebuah sekolah, beberapa buah rumah dan kecederaan kepada mangsa.

Beliau ditemui di majlis berbuka puasa bersama petugas media di hotel Pulse Grande, Putrajaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: