Hiburan

Teater muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan

PETALING JAYA – Syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang tertangguh hampir tiga tahun lalu terpaksa dibatalkan.

Enfiniti dalam kenyataan di akaun Instagram rasmi meminta maaf atas keputusan yang terpaksa dibuat selepas meneliti segala pilihan sehingga perlu membatalkan pementasan tersebut.

“Kepada peminat dan penyokong PGL yang kami hargai, selepas meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa PGL yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan.

“Pada kesempatan ini, kami merendah diri memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang tercetus disebabkan pembatalan ini,” kata pihak berkenaan dalam kenyataan itu.

Menerusi hebahan sama, Enfiniti memaklumkan urusan pemulangan semula wang tiket kepada pembeli yang sudah membuat tempatan tempat duduk sedang diuruskan secara berperingkat bermula Julai hingga Disember ini.

“Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online.

“Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang tiket PGL atas kesabaran dan pertimbangan anda pada waktu yang tidak terduga ini.

“Kami berharap agar anda akan terus menyokong industri seni persembahan,” tulis pihak berkenaan lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: