Terkini

Malaysia kekal jadi pilihan pelancong Muslim

KUALA LUMPUR – Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan utama pelancong Muslim dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CresentRating 2022.

Pengiktirafan tersebut diumumkan dalam majlis Halal In Travel Awards yang berlangsung di Singapura, Khamis lalu, yang disampaikan kepada Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islamik (ITC) Datuk Dr Mohmed Razip Hasan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menzahirkan penghargaan dan syukur atas pemilihan Malaysia dalam anugerah berprestij itu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mastercard dan CrescentRating atas kejayaan melancarkan Indeks Pelancongan Muslim Global 2022.

“Malaysia amat berbangga kerana telah menjuarai indeks ini sejak ia dilancarkan pada 2015. Kami akan terus komited untuk memperkasakan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim di peringkat tempatan dan global,” katanya.

Ujarnya, potensi pelancongan Muslim global amat besar di mana terdapat 1.9 bilion umat Islam di dunia ketika ini.

Berdasarkan laporan Mastercard dan CresentRating, jumlah pelancong Muslim meningkat dari 108 juta pada 2013 kepada 160 juta pada 2019 iaitu sebelum berlakunya pandemik COVID-19.

Dengan pembukaan sempadan di kebanyakkan negara di dunia, jumlah pelancong Muslim dijangka melonjak sehingga 230 juta pada 2028.

Tambah Nancy, Malaysia akan terus komited untuk terus menarik pelancong Muslim agar menjadikan negara ini pilihan percutian mereka.

Menurutnya lagi, ITC Malaysia telah membangunkan ekosistem pelancongan yang memudahkan kehadiran pelancong Muslim seluruh dunia termasuk memberikan latihan, kajian dan pensijilan agar pemain industri memahami kehendak serta keperluan pelancong Muslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: