Terkini

Menteri Agama nasihat umat Islam tidak hadiri Festival Bon Odori

Kuala Lumpur – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

Naib Presiden Pas tersebut berkata, perayaan yang disambut masyarakat Jepun sejak lebih 500 tahun dahulu itu mengandungi unsur agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

Untuk rekod, Bon Odori memiliki cara tarian khusus yang dikatakan untuk menghiburkan roh atau hantu nenek moyang menyerupai Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) yang dilakukan masyarakat Buddha Cina.

Naib Presiden Pas tersebut berkata, perayaan yang disambut masyarakat Jepun sejak lebih 500 tahun dahulu itu mengandungi unsur agama lain.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pihaknya memberi penjelasan itu untuk memastikan tidak timbul kekeliruan dan salah faham.

“Kita kena sayang agama kita. Oleh yang demikian, JAKIM sebagai pihak penyelaras menasihatkan umat Islam supaya tidak sertai program seperti ini.

“Bukan sahaja program seperti ini, malah program apa apa sahaja yang membabitkan soal agama,” tegas pemimpin Pas itu lagi.

Poster hebahan program Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam menampilkan imej karakter sekumpulan individu berpakaian tradisional Jepun dengan menonjolkan wanita Muslim yang menjaga aurat dengan bertudung lengkap memakai sarung tangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: