Gaya Hidup

Siri Samsung TV Neo QLED 8K 2022 dilancarkan

Kuala Lumpur – Samsung baru sahaja melancarkan siri TV Neo QLED 8K, terdiri daripada model QN900B, QN800B, dan QN700B, yang telah ditambahbaik dari model keluaran sebelumnya.

Dengan berkuasakan Neural Quantum Processor 8K, ia direka dengan 20 rangkaian AI neural, yang menawarkan tontonan optimum dengan kualiti gambar yang menakjubkan.

Neural Quantum Processor 8K ini dikemaskini dengan teknologi terbaharu iaitu Real Depth Enhancer selain beresolusi Quantum HDR 64x untuk QN900B manakala 32x untuk QN800B dan QN700B.

Teknologi ini membolehkan untuk mengimbas skrin dan memaksimumkan kontras dengan latar belakang, sama seperti cara mata manusia melihat imej dalam kehidupan sebenar.

Yang menariknya, siri ini direka dengan Sistem Padanan Pantone yang mampu menghasilkan semula lebih 2,000 warna serta 110 warna tona kulit.

Tambahan lagi, ia direka dengan ciri EyeComfort Mode, menggunakan teknologi AI untuk melaraskan kecerahan dan suhu warna skrin secara automatik dengan keadaan sekeliling.

Dilengkapkan dengan Dolby Atmos Sound, QN900B menampilkan pembesar suara dengan teknologi Object Tracking Sound Pro, membolehkan pengecaman suara berfungsi dengan jelas.

Untuk pengalaman gaming pula, siri Neo QLED 8K 2022 direka dengan spesifikasi empat port sokongan HDMI 2.1, permainan Motion Xcelerator Turbo Pro 4K 144Hz, Super Ultrawide GameView dan Bar Permainan, untuk menawarkan kualiti permainan yang lebih realistik.

Model Neo QLED 8K QN900B dan QN800B masing-masing ditawarkan dalam tiga varian iaitu 85 inci, 75 inci, dan 65 inci manakala QN700B ditawarkan dalam 55 inci.

Siri Samsung Neo QLED 8K dijual pada harga:

  • QN900B 85″ – RM49,999
  • QN900B 75″ – RM34,999
  • QN900B 65″ – RM23,999
  • QN800B 85″ – RM33,999
  • QN800B 75″ – RM 24,999
  • QN800B 65″ – RM18,999
  • QN700B 55″ – RM12,499

TV Samsung dari siri Neo QLED 8K 2022 boleh mula didapatkan di laman web Samsung Malaysia dan peruncit Samsung berdekatan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: