Hiburan

Noraniza Idris tolak tawaran gelaran Datuk, akui belum sedia

“ADA tawaran dari orang tengah. Tapi saya tolak. Saya tak bersedia, memang tak boleh,” demikian luah Noraniza Idris.

Ratu Irama Malaysia itu berkata demikian bagi menegaskan pendiriannya yang masih tidak bersedia sekiranya ada pihak yang tampil menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya.

Dia yang mesra disapa sebagai Kak Ani itu seboleh-bolehnya menolak tawaran berkenaan kerana dirinya masih belum betul-betul berjaya.

“Saya bukanlah orang yang betul-betul berjaya. Kalau besar sumbangan saya, tidak mengapa.

“Saya segan nak pikul gelaran itu. Saya bukan jutawan yang mampu tolong orang lain. Jadi, tak payah susah-susah,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hatinya Tak Tahan’ itu, bercerita tentang konsert terakhirnya, Malai Solo pada Oktober depan, memaklumkan persediaan sudah mula dilakukan.

“Mesyuarat sudah dibuat. Kru produksi juga sudah ada. Senarai lagu pun sama. Cuma akan dipilih semula oleh pengarah muzik.

“Saya nak buat yang terbaik. Ini adalah konsert terakhir saya. Ia melibatkan kos yang sangat tinggi,” katanya.

Pada masa yang sama, Noraniza juga memaklumkan bahawa dia perlu menjaga stamina selain menurunkan berat badan untuk beraksi pada konsert itu nanti.

“Anak-anak tawarkan RM10,000 dengan syarat saya kurangkan berat sebanyak 20 kilogram (kg).

“Tempoh mereka berikan sehingga September. Saya boleh buat. Satu bulan hilang lima kg, boleh,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: