Terkini

Bantuan khas golongan muda jadi tumpuan khusus bajet 2023

Kuala Lumpur – Satu peruntukan khas dijangka disalurkan kepada golongan muda bagi memastikan kumpulan itu terus berdaya saing dari segi ekonomi dan pendapatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata golongan berkenaan akan menjadi tumpuan khusus dalam pembentangan Bajet 2023 dan mereka memerlukan bantuan kewangan serta modal untuk memulakan perniagaan.

“Saya percaya golongan muda ini amat penting bagi negara. Dalam bajet yang sedang kita rangka sekarang, saya masih berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan.

“Kita hendak memberikan peruntukan khusus kepada golongan muda dari segi modal dan pinjaman supaya mereka dapat berniaga serta berusaha meningkatkan ekonomi masing-masing,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Usahawan Big Boss di Big Boss Mart, di Rawang hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Geng 18, Muhammad Amin Daniel Jamal.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, lebih banyak program dan kursus seperti Big Boss perlu disediakan untuk golongan muda.

Beliau berkata, ini kerana bukan mudah untuk seseorang mengendalikan perniagaan tanpa ilmu pengetahuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: