Sukan

Negara kehilangan legenda sukan lawan pedang – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga legenda sukan lawan pedang negara, Ronnie Ignatius Theseira yang meninggal dunia, semalam.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga atlet Olimpik Tokyo 1964 itu dan berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Beliau berkata, negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang negara.

Katanya, jasa dan pengorbanan mendiang dalam sukan pedang negara akan sentiasa dikenang oleh seluruh Keluarga Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan legenda sukan lawan pedang negara dan bekas atlet Olimpik 1964 Tokyo, Ronnie, meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 92 tahun di sebuah rumah penjagaan warga emas di Melaka, semalam.

Ronnie yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar tahun 1950-an, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Untuk rekod, mendiang merupakan pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia sekitar 1950-an selain melatih kebanyakan bekas pemain negara pada era 1970-an dan 1980-an.

Ronnie mewakili Malaysia dalam sukan lawan pedang di Sukan Olimpik 1964 di Tokyo,Jepun.

Selain lawan pedang, mendiang juga cemerlang dalam sukan tinju, bina badan dan tarian ballroom. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: