Hiburan

Sound Creative dinobat juara Pertandingan Dikir Barat 2022

KUALA LUMPUR – Kumpulan Sound Creative dari Pasir Puteh, Kelantan dinobatkan sebagai Johan pertandingan akhir Dikir Barat 2022 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan Marshall Holding Sdn Bhd.

Berlangsung meriah di Auditorium Perdana, Angkasapuri, baru-baru ini, Kumpulan Sound Creative turut bertuah mengungguli gelaran Tukang Karut terbaik dan Tok Juara terbaik dengan masing-masing membawa pulang RM10,000. Sementara itu, kumpulan Sirat Maharaja dari Bachok, Kelantan yang berada di kedudukan Naib Johan memenangi anugerah Muzik Terbaik dengan membawa pulang hadiah keseluruhan sebanyak RM35,000.

Dengan tema Menjunjung Seni dan Warisan, kedua kumpulan berjaya menyampaikan persembahan bertemakan Keluarga Malaysia dengan karut spontan dan mencabar kredibiliti Tok Jogho dan Tukang Karut. Hampir seribu penyokong bagi kedua-dua pasukan hadir memberi sokongan setelah kali terakhir pertandigan itu diadakan pada 2015. Dalam malam sama, beberapa artis turut dijemput membuat persembahan seperti Misha Omar, Megat Haikal, Man Khan, Aris Kapilla, Fendi Kenali dan Din Manjo yang menerima sambutan meriah daripada penonton.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mastura Ahmad Mustafa diiringi Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Che Daud Che Roslan. Pertandingan akhir Dikir Barat yang dibawakan secara langsung di TV2 ini dimeriahkan dengan gandingan pengacara Issey Fazlisham dan Jeed Zulkifli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: